dear readers,

  the closer you get to Allah, the closer you are to each other ...


anda sebagai umat islam mesti setuju dengan ayat diatas, kan? ajal, maut, jodoh ditangan Allah, apatah lagi hubungan sesama manusia. cantik hubungan anda dengan Allah, maka cantiklah hubungan dengan mereka sekeliling. tidak lupa terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta, jagalah adab, jagalah solat, banyakkan ibadah, tentu future bahagia i tell you :) dugaan pada yang bercinta memang banyak, namun bila anda laluinya dengan penuh berhati-hati, Insya-Allah, Allah akan temukan dengan jodoh dari yang baik-baik. amin. 

suami saya selalu berpesan supaya jangan mengumpat kerana mereka yang bercakap buruk tentang orang itu menunjukkan kita tidak bahagia. tanggungjawab yang perlu dititikberatkan adalah selepas mendirikan rumahtangga. jangan kita tidak sedar bahawa setiap pergerakan dan percakapan dibataskan. ini diatas pengalaman saya, dimana sebelum saya dinikahkan, saya tidak suka berbual atau bercakap, sebaliknya hanya mengukir senyuman sekadar ingin mengatakan 'saya tak sombong', bila dah bersuami, hendak melemparkan senyuman sekarang terasa seperti ada hadnya. sesuatu yang manis, yang anda sendiri rasa cute , sudah tentu untuk orang yang terbaik, apalagi, untuk suami jawabnya :) dan saya tanya soalan kelakar pada suami, 'macam mana nak bezakan senyum untuk abang, dan orang lain?'. suami saya jawab, 'sombong lagi bagus'. agak terkejut dengar jawapan begitu, namun saya faham ertinya.

readers sekalian, marilah kita dekatkan diri dengan Allah, apa jua ujian, cubalah hadapi dengan kesabaran kerana Allah akan memberi ujian yang mampu hamba-Nya tanggung :) apabila kita mampu bersabar, kita akan bersangka baik dalam segala ujian. Bahagialah dunia akhirat. insya-Allah. 

 
Copyright Bellaburger Blogspot ®